~PERMULAAN DUNIA SAHAM

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam kewangan

 Menyebut tentang saham, ramai yang beranggapan rumit dan mengambil risiko yang tinggi. Malangnya mereka sendiri tidak tahu tentang erti saham yang sebenarnya. Saham adalah bukti pemilikan sesuatu perusahaan klaim penhasilan pegangan di sebuah syarikat. Sesebuah syarikat mewujudkan saham terbitan awam/initial public offering(IPO) adalah alternative kepada pinjaman untuk memiliki modal. Saham dijual kepada orang awam untuk mewujudkan sebuah modal untuk menjalankan perniagaan. Saham boleh dibeli di pasaran Malaysia(KLSE) melaui syarikat broker dan dikawal ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(scm) dan Bursa Malaysia.

Harini ini saya akan berkongsi dan mungkin memperbaharui pandangan tentang dunia saham dan pentingnya akan kesedaran untuk mengaut peluang dan menyelami akan "keindahan" saham yang sebenar. Peluang yang sebenar boleh melebihi apa yang dijangkakan dengan izin-Nya. Ibarat menebar pukat dilautan yang luas. Anda tahu kemungkinan hasilnya apa tetapi mungkin mengejutkan melebihi jangkaan. Risiko dan kerumitan dapat dikurangkan dengan adanya ilmu. Marilah sama-sama mempelari dan mungkin terilham idea untuk mendekati dunia saham.. Bukakanlah minda anda untuk menerima sesuatu yang positif. biar terbuka minda bukan mendepang dada.

Dalam keadaan ekonomi semasa, semua golongan(21 tahun dan keatas) perlu mempelari dan menceburi tentang saham ini terutama sekali generasi muda. Dengan umur yang muda, mereka akan peroleh pengalaman yang tidak dapat dijual beli dipasaran jika mengenali dunia saham. Diusia muda, ramai yang masih mencari hala tuju hidup dan ingin kekayaan hasil dari usaha sendiri. "Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya" yang bermaksud; cita-cita tidak akan tercapai jika tidak bersusah dahulu. Kekayaan itu sangat subjektif. Ramai yang mengejar kekayaan harta malah kekayaan ilmu, tetapi jangan dilupa kekayaan adab dan budi pekerti. Pasaran saham di BURSA MALAYSIA(KUALA LUMPUR STOCK EQUITY) sesuatu platform yang tepat untuk merealisasikan kewangan yang kukuh. Carilah peluang dengan sebaiknya.


Ramai dari kalangan investors/traders yang bersetuju bahawa saham adalah perniagaan. Tepat sekali! Saham didagangkan untuk mewujudkan modal sesebuah syarikat untuk perniagaan yang dijalankan. Saham adalah sumber rezeki yang halal dari sudut agama islam. Malah, pasaran di BURSA MALAYSIA (KLSE) mempunyai lebih satu ribu kaunter dagangan yang patuh shariah@shariah compliant(islamic markets). Dengan adanya kaunter yang patuh shariah, investors/traders berdagang dengan penuh kenyakinan. Tambahan, investors/traders berdagang dikawal ketat oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia(SCM) dan Bursa Malaysia. Investors/traders telahpun berdekad lamanya mengaut peluang dipasaran Malaysia. Respect risk! Risiko dapat dikurangkan dengan ilmu pengetahuan..

DENGAN ADANYA ILMU, saham memperoleh keuntungan dari
-capital gain(keuntungan dari kenaikan harga suatu saham)
-dividend(pembahagian keuntungan syarikat pada suatu masa)

Ambil satu langkah ke dunia saham dengan membuka akaun cds(Central Depository System) dimana-mana bank investment(syarikat broker).

Admin akan menunjukkan cara membuka akaun cds di entry berikutnya.




SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan: